Buruan British Mat_Kilau

Khabar yang menyatakan Mat Kilau mati tersiar di dalam akhbar-akhbar Inggeris yang diterbitkan di Singapura. The Straits Times dan The Free Press menyatakan "Ketua Pendehaka, iaitu Dato' Bahaman telah jatuh ke tangan pemerintahan Siam pada bulan Oktober, 1895. The Free Press pula memberitahu bahawa Mat Kilau telah melawan apabila hendak ditawan dan akibatnya dia telah cedera di muka dan di kepalanya. Luka-luka itu sangat parah dan dia telah mati di dalam perjalanan ke hilir Kota Bharu disebabkan kehilangan banyak darah. Dengan tersiarnya berita kematian Mat Kilau oleh akhbar The Free Press keluaran 22 Oktober 1895, maka pada pendapat umum tamatlah sudah riwayat Mat Kilau. Akan tetapi apa yang sebenarnya berlaku tiada diketahui kecuali beberapa orang sahabatnya seperti Mustafa bin Awang Mat (Jusoh Rimau), Pendekar Tok Demali, Raja Ibrahim (Pak Him), Mat Kelantan dan beberapa orang lain. Disebabkan Mat Kilau dicop sebagai 'penderhaka' oleh Inggeris, maka terpaksalah Mat Kilau mengasingkan diri dan berpindah dari satu tempat ke satu tempat dan akhirnya bermastautin di Batu 5, Jalan Kuantan-Gambang. Semenjak 1930 Mat Kilau juga terpaksa menukar namanya buat beberapa kali dan akhirnya dia memakai nama Mat Siam.[3]

Rujukan

WikiPedia: Mat_Kilau http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/printable.php... //scholar.google.com/scholar?q=%22Mat+Kilau%22 //www.google.com/search?&q=%22Mat+Kilau%22+site:ne... //www.google.com/search?as_eq=wikipedia&q=%22Mat+K... //www.google.com/search?q=%22Mat+Kilau%22&tbm=nws //www.google.com/search?tbs=bks:1&q=%22Mat+Kilau%2... http://www.bernama.com.my/bernama/v3/bm/printable.... http://www.kbistari.uum.edu.my/merdeka/content/kno... http://www.malaysiamerdeka.gov.my/v2/ms/malaysiaku... http://sejarahmalaysia.pnm.my/portalBM/detail.php?...